Laman web SJK(T) Barathy dilahirkan hasil daripada cetusan idea dan perbincangan saya dengan suami dan beberapa orang guru serta Tuan Guru Besar . Justeru, saya mengorak langkah untuk mengumpul data dan dengan bantuan mereka yang berkenaan yang tidak putus-putus memberi galakkan dan dorangan kepada saya, akhirnya laman web ini dapat dizahirkan
Pembinaan laman web ini antara lain bertujuan untuk memberi apa juga maklumat mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy bukan sahaja kepada warga SJKT Barathy malahan kepada masyarakat umum di luar sekolah. Maklumat-maklumat ini termasuklah mengenai aktiviti-aktiviti atau program-program yang dijalankan di sekolah dan sebagainya. Selain itu, sasaran saya agar nantinya, laman web ini akan menjadi tempat rujukan guru-guru , murid-murid atau pun ibu bapa, malahan orang di luar sekolah pun untuk mendapatkan informasi mengenai apa juga bahan yang berkaitan dengan pelajaran atau pendidikan khususnya.
WEBMASTER
Che Ku Nor Azizah